9 CARA MENANGANI PIGMENTASI
Kaum hawa mengalami pigmentsi ketika
badan menghasilkan terlalu banyak melanin - yang mengakibatkan warna kulit
kelihatan tidak rata. Pigmentasi dicetuskan oleh terpaan sinar matahari,
pemakaian pil KB dan juga kehamilan. Namun pigmentasi akibat kehamilan akan
segera berlalu selepas anda melahirkan.
Melakukan rawatan kulit di spa
biasanya menjadi pilihan untuk mengatasi pigmentasi. Kami menawarkan beberapa
penyelesaian semulajadi yang boleh anda dapatkan langsung dari dapur anda untuk
mengatasi masalah pigmentasi.
1)
LIMAU NIPIS

Limau nipis mengandungi vitamin C yang
juga lazim disebut dengan asid sitrik. Dan bahan-bahan ini boleh memutihkan
bintik hitam pada kulit dan mencerahkan warna kulit yang tidak sekata.
Sapukan air oren pada kulit wajah setiap
hari. Anda juga boleh membuat topeng muka yang diperbuat daripada limau nipis
dan madu
2)
KENTANG

Ada banyak manfaat kentang selain
sebagai bahan makanan. Kentang dapat menghilangkan masalah pigmentasi seperti
melasma dan lingkaran hitam.
Parut kentang mentah dan haluskan dalam
pemerah jus anda. Kemudian haluskan adunan kentang itu pada wajah dan biarkan
selama satu setengah jam. Lakukan secara teratur dan anda akan dapat melihat
tanda-tanda pigmentasi akan pudar.
3)
TIMUN
Timun sangat bermanfaat untuk tubuh,
baik untuk tubuh bahagian dalam mahupun luar. Zat yang terkandung dalam timun
dapat menyembuhkan dan menghilangkan lingkaran hitam pada mata.
Iris dua potong timun, letakkan pada
mata dan tidur sianglah. Ketika bangun anda akan merasa segar bugar berbanding
sebelumnya.
4)
MADU

Madu mentah mengandungi bahan-bahan yang
boleh melembapkan dan membersihkan kulit. Madu juga mengandung asam glukonat -
suatu bentuk asid alfa hidroksi ringan yang dapat mencerahkan tompok
pigmentasi.
Madu boleh anda campurkan dalam segala
jenis topeng buatan sendiri - misalnya madu dan oat, madu dan badam, atau madu,
limau nipis dan kacang - dan nikmatilah sensasi menyegarkan ala spa ternama!
5)
ALMOND

Almond mengandungi asid lemak semula
jadi yang menghalang kulit dari kekeringan dan menjaga kelembapan kulit.
Sehingga sering digunakan sebagai bahan asas pelembab dan losyen.
Masukkan segenggam almon dalam suku
cawan susu dan biarkan semalam dalam peti ais. Di pagi hari, kupas kulit badam
dan haluskan isi kandungannya dengan susu sehingga berbentuk pasta. Gunakan pes
badam dan susu ini sebagai masker wajah. Anda juga boleh menambah madu atau
limau nipis sebagai pelengkap penjagaan wajah.
6)
BETIK

Betik dikenali sebagai buah dengan
banyak manfaat. Buah ini mengandung serat sehingga baik untuk pencernaan, dan
lazat rasanya.
Spa khas Bali menggunakan betik untuk
mengembalikan kesegaran kulit akibat terbakar matahari atau tidak stabil.
Tumbuk beberapa keping betik hingga halus, lalu campurkan dalam yogurt dan madu
untuk digunakan sebagai masker wajah.
7)
AVOKADO

Avokado mengandungi vitamin E, vitamin C
dan asid lemak semula jadi. Sedangkan vitamin E dan C cukup diperlukan kulit
untuk mengatasi kesan pigmentasi.
Tumbuk avakado yang telah dikupas dan
gunakan sebagai topeng. Anda juga boleh menambah limau nipis, madu dan yogurt.
8)
SUSU DAN YOGURT

Susu dan yogurt mengandungi asid laktik
yang dapat mencerahkan dan menghilangkan noda pada kulit.
Harganya pun tidak mahal dan cukup
lembut untuk pemakaian sehari-hari. Gunakan susu atau yogurt tanpa perasa dan
pemanis sebagai masker wajah yang menyegarkan.
9)
LIDAH BUAYA

Lidah buaya adalah ubat semula jadi
terbaik untuk segala jenis masalah kulit. Mulai dari lebam hingga luka bakar,
eksem hingga terbakar matahari, semua dapat diatasi oleh lidah buaya.
Jika anda telah mempunyai tanaman lidah
buaya di halaman rumah, anda tinggal mengambil dan menyapu cecair di dalamnya
ke wajah anda. Jika tidak, anda boleh menggunakan beberapa produk lidah buaya
yang ditawarkan dalam bentuk gel dan dijual bebas.
Informasi lanjut berkaitan pigmentasi @
Anda mahu kami di hubungi??
SMS MARISSA (jarak) INFO ke 32828
Semenyih
(HQ)
: 03-8723 4808 / 013-244 8484
Shah
Alam
: 03-5524 5697 / 013-388 1353
Bangi
: 03-8928 9334/ 013-35 1353
Nilai
:
012-358 5949
Melaka
: 06-317 0412 / 013-228 1353
Kuantan
: 017-358 1619 / 09-517 3561
WHATSAPP : 013-244 8484 / 012-608 0159
Kelantan
: 097882304 / 013 388 0987
WEBSITE : marissa-esthetic.com
PM kami terus untuk maklumat lanjut >>