Makanan yang sihat merupakan makanan yang harus dimakan untuk
memastikan tubuh badan seseorang berfungsi secara normal. Makanan
yang sihat seharusnya memberikan kita tenaga, makanan yang mencukupi,karbohidrat,
protein dan lemak secara optimum dan kandungan fiber yang mencukupi.Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan dan dapat menjauhi kita daripada penyakit.
protein dan lemak secara optimum dan kandungan fiber yang mencukupi.Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan dan dapat menjauhi kita daripada penyakit.
Antara makanan yang sihat:
Buah-buahan
Kalau nak kira memang banyak sebenarnya buah yang sedap lagi
berkhasiat. Diantaranya ialah buah apple, nenas, pisang, bawang putih, gandum,
kentang, dan buah betik. Semua jenis buah yang disebut ini sebenarnya banyak
khasiat tersendiri.
Sayur-sayuran
Bagi sesetengah orang sayur merupakan pilihan terakhir untuk
menu pemakanan mereka. Ada juga yang sanggup mengetepikan sayur-sayuran yang
terdapat di dalam hidangan mereka setiap kali mereka menjamu selera.
Walaupun begitu, sayur-sayuran merupakan satu hidangan yang popular dikalangan mereka yang ingin berdiet. Ada yang sanggup menjadi “vagetarian”, hanya memakan dan mengambil sayur di dalam hidangan mereka sedangkan mengamalkan diet seperti itu adalah tidak baik untuk kesihatan kita.
Sayur mengandungi kepelbagaian kandungan fitonutrien, kalium dan serat mempunyai manfaat tersendiri.
Banyakkan meminum air
kosong
Air adalah sangat
penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk penghadaman, penyerapan dan
pengangkutan zat, perkumuhan, pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai
pelincir bahagian tubuh yang bergerak. Tubuh kita akan kehilangan lebih kurang
11/2 hingga 21/2 liter air dalam satu hari melalui air kencing, peluh dan wap
daripada paru-paru. Jangan tunggu sehingga sudah berasa dahaga, untuk
menggantikan cecair yang telah hilang dari badan. Minum sekurang-kurangnya 6
hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga boleh didapati daripada minuman
lain, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan lain.
Memakan kekacang
Kacang pea, kekacang dan
lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin
(terutamanya vitamin B). Kacang soya yang sangat kaya dengan protein tumbuhan –
boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti susu kacang soya, tauhu, tempe,
protein sayuran bertekstur dan taugeh.
Kurangkan gula
Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim
mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat
makanan atau serat.Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan
menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.Memakan gula yang
berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan
masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan
jantung dan sebagainya.
Kurangkan garam
Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram
seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam. Memakan terlalu
banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa
kepada serangan jantung atau strok.Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah
terlalu banyak air di bawah kulit (edema).
Apa itu Lipolisis??
Fungsi sel lemak adalah untuk menyimpan bahan kimia
yang dinamakan lipid. Lipid menyediakan tenaga untuk tubuh. Secara umumnya,
tenaga berasal daripada makanan yang dimakan, dan ianya akan disimpan sebagai lemak
dalam sel lemak. Apabila penggunaan tenaga lebih sedikit daripada penyimpanan
tenaga maka akan berlakulah ketidakseimbangan. Jadi jika anda makan terlalu
banyak tetapi tenaga yang dikeluarkan terlalu sedikit, maka lemak-lemak
tersebut akan terkumpul. Oleh itu, kegemukan akan berlaku apabila proses
mengeluarkan lemak terganggu, seperti terjadinya masalah hormon atau hormone
imbalance.
Terdapat 3 lapisan lemak didalam tubuh manusia iaitu 2
lapisan lemak pada kulit dan satu lapisan lemak didalam tubuh yang dikenali
sebagai lemak viscera.
Kenali proses laser
lipolisis
Lipolisis adalah satu proses menghapuskan lemak di
bawah lapisan kulit. Untuk memahami apa itu lipolisis, anda mestilah memahami
kulit, lemak badan dan struktur-struktur lemak. Kulit bukan sahaja menutupi
badan kita tetapi ia juga merupakan organ yang terbesar pada tubuh badan
manusia. Fungsi kulit adalah sangat banyak, antaranya adalah menghalang
dehidrasi, menghalang organisma lain memasuki badan kita dan menjadi pelindung
kepada cahaya ultraviolet matahari.
Kulit pula terdiri daripada 3 lapisan epidermis,
dermis dan hypodermis. Lapisan dermis dan epidermis adalah lapisan di mana
kelenjar sebum, melanocyte, saraf, rambut tumbuh dan deria sentuh berada.
Lapisan yang terlibat sewaktu proses lipolisis adalah lapisan hypodermis.
Hypodermis adalah tempat dimana lapisan lemak subkutan berada. Walaupun
terdapat bahagian badan lain yang menyimpan lemak seperti didalam rongga perut
dan sekitar organ dalaman, tetapi di hypodermis adalah tempat dimana 50% dari
jumlah keseluruhan lemak dalam badan tersimpan. Fungsi lemak hypidermis
ialah sebagai penebat, insulasi dan penyimpan tenaga. Secara dasarnya, lemak di
simpan dalam bentuk yang utama, pertama bentuk GYNOID.Ia merujuk kepada
pengumpulan lemak di
bahagian bawah badan, pinggul, peha dan punggung yang
menjadikan bentuk "PEAR"
Bentuk kedua adalah “android” dimana lemak lebih tertumpu berkumpul dibahagian
atas badan dan menjadikan bentuk "APPLE". Namun begitu ia
bukanlah satu kemestian dan hanyalah sebagai panduan
sahaja. Orang yang mempunyai badan berbentuk apple
juga selalunya mempunyai masalah lapisan lemak visceral (lapisan ketiga) yang
tebal. Kebanyakan mereka akan bermasalah perut buncit. penjagaan diet dan exercise
sangat penting untuk mengurangkan lapisan lemak visceral. Namun begitu, masalah
hormon atau ketidakseimbangan
hormon boleh meningkatkan lapisan lemak visceral (lemak dalam perut). Peratusan
lemak di dalam tubuh akan berubah-ubah dan dipengaruhi oleh hormon seperti
insulin, estrogen dan testosterone. Apa yang perlu di ketahui ialah, apabila mencapai
akhil baligh, jumlah sel lemak dalam badan akan tetap dan tidak akan bertambah kecuali jika anda
menjadi tersangat gemuk. Selepas akhil baligh, sel lemak hanya akan bertambah
jika berat anda menadi 200% daripada berat ideal anda. Oleh itu, peningkatan
dan penurunan berat badan anda sekarang adalah kerana sel lemak itu mengempis
atau mengembang. Oleh itu, satu cara untuk membuang sel lemak secara kekal
adalah dengan melakukan lipolisis.
Lipolisis adalah proses membuang sel lemak yang
berlebihan. Sel lemak ini akan hilang buat selamanya selepas di sedut. Namun
begitu, jika tidak menjaga pemakanan atau tidak melakukan senaman, sel-sel
lemak yang tertinggal boleh mengembang dan menyebabkan berat badan anda
bertambah. Oleh itu, amatlah penting untuk kita menjaga diet dan senaman selain
mampu mengekalkan berat badan ia juga membantu untuk memperbetulkan
ketidakseimbangan hormon.
Jika telah menjaga makanan dan senaman tetapi masih
juga terdapat lapisan lemak di bahagian perut, saddleback, dada, lengan dan
peha. Oleh itu adalah dinasihatkan anda untuk membuat lipolisis. Lipolisis
telah terbukti selamat dan berfungsi dengan cepat.
Lipolisis abdomen
Lipolisis peha
Lipolisis lengan
Lipolisis leher
Lipolisis gynaecomastia
Anda mahu kami di hubungi??
SMS MARISSA (jarak) INFO ke 32828
Semenyih (HQ) : 03-8723 4808 / 013-244 8484
Shah Alam : 03-5524 5697 / 013-388 1353
Bangi : 03-8928 9334/ 013-335 1353
Nilai: 012-358 5949
Melaka : 06-317 0412 / 013-228 1353
Kuantan : 017-358 1619 / 09-517 3561
WHATSAPP :013-244 8484 / 012-608 0159
Kelantan :097882304 / 013 388 0987
WEBSITE : marissa-esthetic.com
FACEBOOK : Marissa Aesthetic
PM kamiterusuntukmaklumatlanjut>>