Malaysia's Premier Aesthetic & Wellness Centre

Post Page Advertisement [Top]



Kantung kelopak bawah mata adalah salah satu ciri khas proses penuaan. Kantung kelopak bawah mata terjadi akibat adanya kekenduran kulit dan kelemahan otot-otot bingkai mata akibat proses bertambahnya usia. Secara umum, prosedur ini adalah prosedur yang cukup sering dibincangkan pelanggan yang berusia di atas 40 tahun, yang mana bentuk kelopak bawah mata mereka sudah jelas terlihat mengendur akibat penuaan (droopybaggy).

Operasi perbaikan kelopak mata tidaklah rumit secara teknik operasi. Operasi tersebut dapat dilakukan dalam keadaan pembiusan setempat (sedar, tidak tidur), dan waktu operasi +1 jam. Namun, tidak bermaksud operasi ini mudah, ianya perlu ketelitian dan ketepatan yang tinggi untuk mencapai hasil akhir pasca operasi yang ideal.

Pembedahan Bahagian Atas Kelopak Mata 


Apabila usia meningkat mata juga menjadi kecil dan mudah mendapat lemak pada  kawasan kelopak mata.Pandangan dan penglihatan juga menjadi kurang jelas ini akibat kumpulan lemak menganggu kawasan mata.Rawatan esthetic juga boleh meningkatkan serta menghilang kumpulan lemak di kawasan kelopak dan juga bawah mata.Selepas rawatan dibuat maka terserlahlah kecantikan mata dan menjaga kesihatan mata dengan baik.

Pembedahan bahagian atas kelopak mata (upper blepharoplasty) dilakukan untuk meningkatkan penampilan pada kelopak mata. Pada pesakit yang lanjut usia, ini akan melibatkan penyingkiran pada lapisan kendur yang berlaku disebabkan penuaan. Untuk pesakit muda, lipatan bahagian atas kelopak mata boleh diwujudkan atau dipertingkatkan, dan lebihan minyak yang boleh membawa kepada penampilan kembung boleh disingkirkan. 

Pertama, satu pemotongan dibuat pada lipatan untuk menyingkirkan kulit dan lebihan lemak. Jahitan dibuat pada hujung potongan pada struktur dasar untuk membentuk lipatan kelopak mata. Bila ianya sembuh, parut tidak akan lagi nampak kerana ianya tersembunyi pada lipatan kelopak mata. Untuk pesakit yang ada lebihan kulit dan lemak yang minimal, lipatan kelopak mata boleh dilakukan tanpa apa – apa potongan dibuat, dengan jahitan dilakukan pada bahagian atas kelopak mata.

Pembedahan bahagian atas kelopak mata biasanya dilakukan dibawah bius setempat dan mengambil masa 45 minit sehinnga 1.5 jam. Masa pemulihan adalah berbeza dengan teknik yang dipilih. Apabila suatu potongan dibuat, kulit dan lemak dikeluarkan, jahitan dibuang selepas 5 hingga 7 hari dan bengkak akan beransur – ansur pulih dalam tempoh 2 hingga 3 minggu. Apabila tiada insisi dilakukan, tempoh bengkak biasanya lebih pendek. 

Pembedahan Bahagian Bawah Kelopak Mata


Pembedahan bahagian bawah kelopak mata (lower blepharoplasty) dilakukan untuk meremajakan bawah kelopak mata. Kehadiran kulit longgar dan lebihan lemak menjadikan penuaan, muka kelihatan letih. 

Bila ada kedua – dua kulit dan lebihan lemak yang perlu disingkirkan, dan kulit bahagian bawah kelopak mata perlu ditegangkan untuk mengembalikan penampilan yang muda, satu insisi perlu dilakukan betul – betul pada bawah bulu mata. Penyembuhan ini dengan parut yang hampir tidak kelihatan. Lebihan lemak sama ada dibuang atau diguna semula untuk meratakan kontur dikawasan bahagian bawah kelopak mata.

Bila tiada keperluan untuk menyingkirkan lebihan kulit, lemak boleh disingkirkan melalui insisi tersembunyi diletakkan pada bahagian bawah kelopak mata.

Pembedahan bahagian bawah kelopak mata biasanya dilakukan dibawah bius setempat, dan mengambil masa 1.5 hingga 2.5 jam. Jahitan selalunya dibuka selepas 5 hingga 7 hari. Bengkak dan lebam yang agak teruk untuk 3 hingga ke 7 hari dan beransur pulih selepas 2 hingga 3 minggu.
Untuk penerangan dengan lebih lanjut sila hubungi kami!!

Semenyih (HQ) : 03-8723 4808 / 013-244 8484 / 013-2724808

Shah Alam : 03-5523 3505 / 013-388 1353

Bangi : 03-8928 9334/ 013-335 1353

Melaka : 06-288 4843 / 013-228 1353

Kuantan : 017-358 1619 / 09-5315652

WHATSAPP : 012-6080159 (Ain) 019-6486726 (Aizat)

WEBSITE : www.marissaskin.my

FACEBOOK : Marissa Aesthetic HQ

PM kami terus untuk maklumat lanjut >>

www.facebook.com/messages/MarissaAestheticHQ

Bottom Ad [Post Page]

| Web by PakarCMS