Malaysia's Premier Aesthetic & Wellness Centre

Post Page Advertisement [Top]


Fungsi  sel lemak adalah untuk menyimpan bahan kimia yang yang dinamakan lipid  yang menyediakan tenaga untuk tubuh. Tenaga ini berasal dari makanan yang anda makan. Tenaga  ini disimpan sebagai lemak dalam sel lemak. Sebenarnya lemak secara terus menerus dimasukkan ke dalam dan dibawa keluar dari setiap sel lemak. Apabila pengunaan tenaga lebih sedikit daripada penyimpanan tenaga, maka ketidak keseimbangan  boleh berlaku.
Secara umumnya jika anda makan terlalu banyak dan terlalu sedikitmenggunakan tenaga, lemak terkumpul. Kegemukan juga boleh terjadi apabila proses mengeluarkan lemak dari sel lemak terggangu seperti ketidak seimbangan hormone dalam badan.
Ada 3 lapisan lemak pada tubuh. Ada 2 lapisan lemak pada kulit dan satu lapisan lemak di dalam tubuh badan yang di kenali lemak viscera.
Liposuction adalah satu proses menghapus kan lemak dari lapisan  di bawah kulit. Untuk memahami apa itu liposuction , kita mesti memahami kulit , lemak badan dan struktur struktur lemak.
Kulit bukan sahaja menjadi Penutup untuk badan kita , tetapi ia adalah organ yang terbesar pada tubuh badan.  Fungsi kulit adalah banyak , diantara nya menghalang kita menjadi dehidrasi , menghalang organism memasuki badan kita dan pelindung kepada cahaya ultraviolet matahari.  Kulit pula terdiri daripada 3 lapisan iaitu epidermis , dermis dan hypodermis.  Lapisan epidermis dan dermis adalah lapisan di mana kelenjar sebum , melanocyte  , saraf , rambut tumbuh dan deria sentuh berada.
Lapisan yang terlibat didalam liposuction adalah lapisah hypodermis.  hipodermis adalah tempat lapisan lemak subkutan berada. Walaupun terdapat Bahagian badan yang lain tempat menyimpan lemak seperti di di dalam rongga perut dan  di sekitar organ dalaman  tetapi di
Hypodermis lah di mana 50% dari Jumlah kesemua lemak badan tersimpan. Fungsi lemak di hypodermis adalah sebagai penebat  , insulasi dan penyimpan tenaga. Secara dasar nya , lemak di simpan di tubuh dalam2 bentuk yang utama. Pertama adalah bentuk GYNOID . Ia Merujuk kepada pengumpulan lemak di Bahagian bawah badan , pinggul , peha dan punggung dan memberi bentuk “PIR” . Bentuk kedua adalah “android” dimana lemak lebih tertumpu berkumpul di Bahagian atas badan dan memberi bentuk “apple”.
Namun begitu ia bukan lah satu kemestian tetapi hanyalah sebagai panduan sahaja.
Orang yang mempunyai badan berbentuk apple juga selalu nya mempunyai masalah lapisan lemak visceral ( lapisan ketiga) yang tebal. Kebanyakkan orang akan berperut buncit. Penjagaan diet dan exercise sangat penting untuk mengurang kan lapisan lemak viscera. Namun begitu masalah hormone atau ketidak seimbangan hormone , boleh menyebab kan peningkatan lapisan lemak viscera ( lemak dalam perut).
Peratusan lemak didalam tubuh berubah ubah dan dipengaruhi oleh hormone seperti insulin , estrogen dan testosterone.  Apa yang anda perlu tahu bahawa , apabila anda mencapai akil baligh , Jumlah sel lemak dalam badan akan tetap dan tidak bertambah KECUALI  jika anda menjadi tersangat gemuk.  Selepas akhil baligh , sel lemak hanya akan bertambah jika berat badan anda menjadi 200% daripada berat badan ideal anda. Oleh itu peningkatan dan penurunan berat badan anda sekarang adalah kerana sel lemak itu mengempis atau mengembang. Oleh itu , satu cara untuk membuang sel lemak secara kekal adalah dengan melakukan liposuction.
Sedut lemak adalah procedure membuang sel lemak. Sel lemak ini akan hilang buat selama lama nya bila selepas di sedut. Namun begitu , jika anda tidak menjaga pemakanan atau melakukan senaman , sel sel lemak yang tertinggal boleh mengembang dan menyebab kan anda bertambah berat badan.
Ingin di perjelaskan bahawa , sedut lemak bukanlah Jalan termudah untuk menghilangkan berat badan atau sebagai Jalan untuk membuang lemak dengan cepat.  Jalan yang terbaik dan paling selamat adalah dengan menjaga diet dan senaman di samping memperbetul kan ketidak kesimbangan hormone .
Menjaga makan dan senaman boleh memperbetul kan fungsi badan dan boleh menghilang kan berat badan.
Namun begitu , jika anda telah menjaga makanan dan memakan dengan sihat dan betul , telah memperbetul kan hormone dan telah bersenam tetapi masih juga terdapat lapisan lemak di Bahagian perut , “saddleback” , dada ,lengan atau peha. Liposuction boleh membantu.
Kini terdapat pelbagai kaedah liposuction yang selamat , seperti laser liposuction , Power assisted liposuction , Vaser liposuction , Body jet liposuction dan sebagainya. Setiap satu procedure mempunyai kelebihan masing masing. Namun begitu , yang paling penting adalah kemahiran dan pengalaman doktor yang melakukan nya.






Hubungi rangkaian Marissa Aesthetic atau kunjungi kami

Marissa Aesthetic Semenyih (HQ)
No 26-1, Jalan Semenyih Sentral 4,
Semenyih Sentral, 43500 Semenyih, Selangor
Tel: Dr lin  013-6865869
Wahida 013-6922377
Wani 010-3518484

Marissa Aesthetic Shah Alam
No G41 Laman Seri Business Park Jalan Persiaran Sukan Seksyen 13,
40100 Shah Alam. Selangor
Tel: Nora 019-4411484
 Ida 013-3881353

Marissa Aesthetic Kuantan
No 48A, 1&2 Floor, Jalan Putra Square 2, Chinatown Putra Square.
25200 Kuantan, Pahang
Tel: Miza 013-8151484
Munirah 017-3893615

Marissa Aesthetic Bandar Baru Bangi
D09-02 Plaza Paragon Point,
Jalan Medan Pusat, Pusat Bandar,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Tel: Misha 013-7441484
Najad 013-5881484

Marissa Aesthetic Melaka
No 86, Jalan Lagenda 5, Taman 1 Lagenda, 75400 Melaka
Tel: Dr Helina 013-2281353 
Hidayah 017-6415964

Marissa Aesthetic Kelantan
Level 21-AA-208 D’Perdana Sri Cemerlang, 
Lot 319 Seksyen 27, Jalan Sri Cemerlang,
15300 Kota Bahru, Kelantan
Tel: Puan Hana 013-9851484
Zeti 013-3880987

Marissa Aesthetic Senawang
42-2A, Tingkat 1, Perniagaan Senawang Jaya,  Senawang
70450 Seremban, Negeri Sembilan
Tel: Ida 013-8011484
Sue 017-3894748
Hanim 012-5451484

SOHO Kedah
B-2-3, Condo 900,Jalan Golf and Country Club 06000 Jitra, Kedah.
Tel: Husna 019-4701719
Syaz 017-2321329

Marissa House JB (tmn Dato Onn) 
No 8 Jalan Perjiranan 12/15, Perjiranan 12,
Bandar Dato Onn 
81100 Johor Bahru
Tel: Liza 019-6361484

Bottom Ad [Post Page]

| Web by PakarCMS