Malaysia's Premier Aesthetic & Wellness Centre

Post Page Advertisement [Top]

PIL PERANCANG PUNCA PIGMENTASI?
 .
 .
Hai semua. Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Nama saya Lisa dan berumur 36 tahun. saya mempunyai masalah di mana wajah saya mula naik kesan pigmentasi.
.
Kadang-kadang kita dengar kalau consume pil perancang boleh menyebabkan pigmentasi pada wajah. Saya salah seorang yang melalui masalah itu. Pada mulanya, saya tak sangka dia boleh jadi lebih serius. Jadi saya biarkan saja sampailah beberapa bulan. Sebelum ini saya pun tak pernah dengar yang pil perancang ni ada kaitan dengan masalah pigmentasi. Tahu tu bila ada kawan saya yang kebetulan terfikir nak tanya. Saya pun terus berhenti makan immediately.
.
Saya risau kalau dia jadi terlalu teruk macam hyperpigmentation tu. Yalah, siapa je boleh rasa tak kisah bila muka bermasalah teruk. Mulalah saya bertanya sana sini, macam mana cara nak menghilangkan kesan pigmentasi dekat muka ni. Makin lama memang nampak makin teruk.
.
Yang menjadi masalah kepada saya adalah sebab kerjaya saya memerlukan saya untuk berhadapan dengan orang ramai. Kalau wajah saya bermasalah teruk, saya tak rasa saya akan ada keyakinan untuk berinteraksi dengan orang lain seperti biasa. Saya cuba berhati-hati ketika hendak membeli produk untuk menghilangkan kesan pigmentasi. Takut jadi makin teruk pula. Pada awalnya memang nampak perubahan positif, tapi tak lama selepas itu, macam dah tak ada perubahan lagi. Saya bertukar pula pada produk lain, pun sama juga. Lama kelamaan, saya mula rasa give up. Jadi, saya biarkan saja dan akhirnya kesan pigmentasi yang sedia ada dah jadi semakin teruk.
.
Saya cuba mencari alternatif lain apabila kaedah tradisional yang saya buat juga masih tidak menjadi. Sampai satu hari tu, saya rasa saya memang perlu mencari tempat rawatan sebagai pilihan terakhir. Cuma saya risau kalau-kalau rawatan yang saya perlukan tu ada side effect pula. Itu yang buat saya rasa serba salah nak mencuba.
.
Tapi akhirnya saya jumpa juga tempat yang boleh membantu menyelesaikan masalah saya setelah disarankan oleh kakak ipar saya. Katanya dia sendiri pernah cuba buat rawatan di situ. Alhamdulillah menjadi. Mungkin memang serasi dengan dia. Bila tengok keadaan dia yang nampak semakin baik, saya pun rasa lebih yakin dan bersemangat nak cuba juga.
.
Alhamdulillah, sekarang wajah saya dah kembali pulih, tak ada lagi kesan-kesan pigmentasi di mana-mana. Saya pun rasa lebih yakin hendak berjumpa dengan klien seperti dulu. Saya ni bukan jenis orang yang suka pakai mekap tebal-tebal. Itu yang saya risau sangat bila wajah mula nampak bermasalah. Yang lagi best, kulit saya nampak lagi glowing kata kawan-kawan rapat saya. Terima kasih Marissa Aesthetic, dah bantu saya buang semua kesan-kesan jeragat yang ada. Dan semoga apa yang saya ceritakan secara ringkas ni boleh bantu sesiapa yang mempunyai masalah yang sama. Jangan stres, jangan susah hati, Marissa Aesthetic kan ada.

No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]

| Web by PakarCMS