Malaysia's Premier Aesthetic & Wellness Centre

Post Page Advertisement [Top]

 

TEGANGKAN KULIT MUKA AKIBAT PENUAAN



Apabila usia meningkat, jumlah kolagen dalam tubuh juga akan berkurang. Akibatnya, kulit akan menjadi kendur dan menghasilkan kedutan termasuklah kulit wajah.

Apakah itu kolagen?

Kolagen ialah protein penyokong yang berserat. Ia terdapat dalam tulang, rawan, tendon, ligamen, dan kulit. Ia membantu sel-sel kulit melekat antara satu sama lain dan juga memberikan kekuatan dan keanjalan kulit.


Menurut portal rasmi MyHealth Kementerian Malaysia (KKM), kolagen membantu memberikan struktur kepada kulit dan saling bekerjasama dengan protein yang dipanggil elastin untuk memberikan fleksibiliti yang diperlukan apabila kulit meregang serta kembali kepada kedudukan asal. Kehilangan kolagen akan menyebabkan struktur kulit menjadi tidak tegang dan berkedut.


Bagaimana cara menghilangkan kedutan ni? 

Cara menghilangkan kedutan akibat kekurangan kolagen sememangnya tidak mudah. Oleh itu, anda mungkin memerlukan rawatan yang lebih profesional demi memastikan keberkesanannya dalam tempoh masa yang lama.


Oleh itu, Marissa Aesthetic menyarankan anda untuk mencuba rawatan benang kolagen yang bukan sahaja berkesan, malah bertahan untuk menyokong kulit anda dalam masa yang lama.


Kelebihannya apa pula?

Antara kelebihan rawatan benang kolagen buat anda:
  • Meremajakan kulit dengan merangsang pengaktifan kolagen baru
  • Menegangkan kulit yang kendur dan berkedut
  • Mengurangkan lemak-lemak terkumpul yang berlebihan di bawah kulit
  • Tidak menjadi parut yang merosakkan kulit wajah

INI ADALAH TESTIMONI DARIPADA MEREKA YANG TELAH MENDAPATKAN BENANG KOLAGEN



PUAN ZURAIDAH, 47 TAHUN 

"Dulu saya tak yakin untuk senyum. tak ada keyakinan langsung dengan diri saya sendiri tapi selepas saya buat rawatan kolagen ni, saya nampak muka saya berubah dengan ketara dah macam awet muda, dah tak nampak tua dah" 

 
Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan, anda boleh hubungi konsultan kami yang sentiasa bersedia untuk membantu anda. Anda juga boleh mengunjungi laman sesawang Marissa Aesthetic untuk info lanjut tentang rawatan kami serta PROMOSI ISTIMEWA.




No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]

| Web by PakarCMS