Malaysia's Premier Aesthetic & Wellness Centre

Post Page Advertisement [Top]

  

KEMBALI REMAJA SEPERTI 20-AN DENGAN RAWATAN REJUVENASI PLATELET-RICH-PLASMA (PRP)




Platelet-Rich-Plasma

Rawatan Platelet-Rich-Plasma (PRP) adalah rawatan yang menggunakan plasma daripada darah anda untuk merangsang pertumbuhan semula sel kulit di Kawasan yang digunakan. PRP dijamin selamat untuk digunakan bagi pesakit yang ingin mencuba kaedah ini selain pembedahan. Rawatan PRP adalah kaeadah secara semulajadi dan menjanjikan hasil yang sangat menakjubkan.




Apakah manfaat PRP ni? 

  1. Rejuvenasi kulit - PRP digunakan untuk rejuvensikan kulit muka dan badan. Kulit akan lebih segar dan tampak lebih anjal selepas sebulan mengambil suntikan PRP berbanding sebelum suntikan. Golongan yang berumur 40 tahun ke atas sesuai menggunakan kaedah ini kerana pada peringkat usia itu kulit mula mengalami kesan penuaan. Seseorang akan kelihatan tampak tua kerana hormon mereka berkurangan dan turut memburukkan keadaan. Dengan kaedah PRP ini, ia mampu mengembalikan semula keremajaan kulit seseorang. 
  2. Mengurangkan parut - Bagi seseorang yang mempunyai parut terutama sekali parut jerawat pada muka, ini adalah kaedah yang paling bagus dan terbaik sekali. Kebiasaannya doctor akan menggabungkan rawatan PRP dengan kaedah laser yang boleh membantu mendapatkan kesan maksimum. Pada awalnya, wajah akan dibersihkan dan dipancarkan dengan laser. Selepas itu, PRP akan dimasukkan ke bawah kulit. Keseluruhan prosedur akan mengambil tempoh masa selama 40 minit sahaja. Tidak mengambil masa yang lama pun. Dalam tempoh 2 minggu jugalah wajah akan kelihatan berubah dengan ketara.
  3. Menghilangkan pigmentasi - Pigmentasi sebenarnya adalah cabaran yang terbesar bagi doctor dan pakar kecantikan. Pigmentasi ini terhasil disebabkan gangguan pada sistem melanocyte di kulit kita dan apabila melanocyte ini menjadi lebih aktif, ia akan mengeluarkan banyak pigmen yang dinamakan melanin. Melanin yang banyak dan berkelompok akan menyebabkan kulit tampak hitam dan kusam. PRP pula akan membantu menstabilkan aktiviti melanocyte. Ia membuatkan masalah pigementasi itu menjadi terkawal. 
  4. Garis dan lekuk pada wajah - PRP juga boleh bertindak sebagai natural filter yang berupaya mengisi ruang pada garis dan lekuk di wajah kita. PRP akan diaktifkan dengan campuran kalsium sehingga berubah bentuk menjadi filler semulajadi. Filler adalah bahan atau matrik kulit yang mengisi wajah. Penuaan yang membuatkan garisan pada wajah menjadi ketara. Wajah akan tampak murung kerana garis-garis.misalnya, garisan di atara kening menjadikan kita tampak seolah-olah sedang memikirkan sesuatu. 
  5. Alopecia - Di sini, Alopecia adalah kepala botak yang berkait dengan faktor usia dan hormone pada badan. Jika seseorang yang mengalami Alopecia ini pasti suka untuk sembuh kerana hormone dan faktor pertumbuhan yang kurang. Dengan adanya PRP ini, ia mampu membuatkan rambut tumbuh kembali. 
  6.  Ulser diabetes - Apabila seseorang menghidap kencing manis atau diabetes, pasti mudah untuk mendapat luka dan luka tersebuh akan lambat sembuh. Ini disebabkan sel-sel terdapat kurang faktor rangsangan sel endothelium yang mustahak bagi merangsang peyembuhan luka. Oleh kerana pesakit kencing manis mempunyai kadar gula yang tinggi di dalam tubuh badannya, maka kuman juga akan mudah menyerang. Apabila terkena jangkitan kuman, maka luka akan semakin menjadi teruk. Antibiotik sangat penting dan berkesan untuk membunuh kuman da pembersihan juga amat penting untuk dilakukan pada setiap hari. Laser pula boleh digunakan untuk membunuh kuman di dalam luka. Apabila kuman sudah mati, luka tidak akan berbau lagi dan PRP boleh digunakan bagi merangsang penyembuhan. 




Siapakah yang perlu dapatkan rawatan PRP ini? 

Mereka yang ada masalah pigmentasi, memiliki kulit yang rosak, kusam dan juga mereka yang mahu merawat kulit daripada penuaan. Hasil Rawatan ini, kita akan boleh lihat wajah menjadi lebih lembut dan tegang.


Apakah kelebihan rawatan PRP ini?
  • Rawatan dilakukan oleh konsultan berpengalaman.
  • Prosedur rawatan mengambil masa yang singkat.
  • Rawatan tidak menyakitkan dan tiada "downtime".
  • Klinik Estetik bertapak selama 15 tahun.
  • Klinik Estetik diasaskan oleh Dr. Rushmini Maris Ismail.

INI ADALAH TESTIMONI DARIPADA MEREKA YANG TELAH MENDAPATKAN RAWATAN PRP


CIK TASYA - "Umur saya hampir mencecah 30-an, kulit saya tampak kusam, kelihatan garis-garis di antara kening, semakin banyak bintik hitam di antara hidung dan pipi ia membuatkan saya tidak yakin dengan diri sendiri. Pada mulanya saya ingatkan bintik hitam itu tidak dapat dihilangkan tetapi anggapan saya salah. saya menjumpai iklan rawatan PRP ini dan saya terus lanjutkan rawatan bersama konsultan. Jikalau bukan sekarang untuk saya buang bintik hitam ini, bila lagi waktunya? Selepas sebulan menjalani rawatan PRP ini, wajah saya kelihatan remaja dan tampak seperti awet muda. Rawatan PRP di Marissa Aesthetic adalah rawatan yang terbaik untuk saya" 




RAWAT MASALAH KULIT ANDA DENGAN SEGERA UNTUK KEMBALIKAN WAJAH REMAJA SEPERTI 20-AN


No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]

| Web by PakarCMS