ANDA ADA MASALAH JERAWAT YANG TERUK? JANGAN RISAU PAKAR DARI MARISSA AESTHETICS ADA JALAN PENYELESAIANNYA. TERBUKTI 340 PELANGGAN TELAH BERJAYA MERAWAT MASALAH JERAWAT MEREKA.

‘’ JERAWAT SAYA NI BANYAK SANGAT SAMPAI BERPARUT MUKA SAYA’’

Hi , Assalamualaikum. Saya Syakira , berumur 23 tahun. Saya mempunyai masalah jerawat yang teruk sehingga membuatkan saya hilang self confidence terhadap diri saya. Satu hari tu , tempat kerja saya mengadakan sebuah majlis keramaian. Saya ditugaskan untuk menjadi mc pada hari tu. Saya berasa sangat malu untuk berdiri di hadapan orang ramai.
Semasa keluar dengan kawan kawan saya, saya segan untuk berjalan seiringan dengan mereka. Kawan kawan saya mempunyai kulit muka yang licin dan tidak berjerawat. Semasa kami keluar bersama, ada seorang makcik berkata kepada kami ‘’ kenapa muka awak macam tu? Banyaknya parut ’’. Saya berasa sangat sedih masa tu.
Bermacam macam produk dan rawatan saya dah cuba. Tetapi semuanya tak berjaya. Malahan muka saya semakin teruk. Saya mencari pelbagai ikthiar sehingga saya terjumpa iklan tentang rawatan isolaz di page Marissa Aesthetics. Saya bertemu dengan konsultan di sana dan membuat rawatan susulan. Alhamdulillah, selepas beberapa hari, parut di muka saya semakin berkurang.
BAGAIMANA JERAWAT TERJADI?
Jerawat atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Acne Vulgaris. Ia terjadi apabila minyak ataupun sel – sel kulit yang telah mati menyumbat liang – liang kulit anda. Kulit akan mengalami beberapa perubahan seperti bintik putih dan/atau bintik hitam (jerawat ringan), jerawat dengan bintik putih dan/atau bintik hitam (jerawat sederhana) dan bengkak yang dalam dan menyakitkan di bahagian bawah kulit, sama ada bernanah atau tidak (jerawat yang teruk).
APAKAH PUNCA BERLAKUNYA JERAWAT?
Kebiasaanya jerawat terjadi apabila minyak dan sel -sel kulit yang mati tersumbat di liang kulit anda. Keadaan menjadi teruk apabila kuman atau bakteria memasuki liang kulit yang tersumbat ini, ia akan menyebabkan kemerah – merahan , bengkak dan nanah akan terhasil. Kebanyakkan orang akan mengalami jerawat pada usia remaja. Antara sebab jerawat tumbuh ialah kerana perubahan hormon. Kebiasaanya ia berlaku di kalangan remaja yang baru memasuki akil baligh. Apabila mereka memasuki usia akil baligh, kulit mereka akan menjadi lebih berminyak.
Di samping itu, terdapat beberapa kajian perubatan, keadaan jerawat juga boleh diwarisi. Ini bermakna jika salah seorang ibu bapa anda mempunyai jerawat, kebarangkalian untuk anda mempunyai jerawat juga lebih tinggi. Ada juga yang mendapat jerawat kerana penggunaan bahan pencuci muka yang tidak sesuai dengan kulit mereka. Penggunaan pencuci muka berasaskan minyak juga akan menyebabkan jerawat ini terjadi.
KENALI JENIS JERAWAT
Jenis-jenis jerawat terdapat dalam pelbagai jenis dan mengikut peringkat, antaranya ialah whitehead, blackhead, papules dan pustules.
Whitehead adalah keadaan jerawat yang terjadi akibat daripada tersumbatnya liang kulit. Perbezaannya dengan jerawat lain ialah ia belum lagi dimasuki kuman / bakteria. Ia kelihatan seakan-akan warna kulit. Kita hanya melihatnya sebagai bonjolan sedikit. Bahagian atas bonjolan tidak terbuka.
Manakala jerawat jenis blackhead keadaannya hampir sama dengan jerawat whitehead. Perbezaan ketara antara keduanya ialah jerawat blackhead bahagian atasnya terbuka. Ia mendedahkannya ke udara. Keadaan ini menyebabkan pengoksidaan berlaku. Ia akhirnya menyebabkan jerawat jenis ini berwana kehitaman.
Jerawat jenis papules pula ialah satu jenis jerawat yang terjadi apabila whitehead atau blackhead mengalami keradangan / kemerahan tetapi belum lagi diisi dengan nanah. Ia berwarna merah, agak lembut dan saiznya lebih kurang beberapa sentimeter.
Dan pustules pula jerawat yang biasa kita lihat. Keadaannya ialah merah, keras dan bernanah. Pustules terjadi akibat dari jangkitan bakteria.
APAKAH KAEDAH RAWATAN YANG SESUAI?
Rawatan laser dematologi/ aesthetic merupakan salah satu kaedah rawatan yang paling berkesan dan sesuai untuk menghapuskan jerawat dan parut jerawat. Laser ialah satu jalur cahaya dalam jarak gelombang yang tertentu. Tindakan laser ini jauh ke dalam kulit yang membantu untuk mengurangkan aktiviti sel-sel jerawat. Antaranya ialah laser Isolaz yang telah diperakui oleh FDA (Food and Drug Administration) untuk rawatan bagi pelbagai peringkat. Isolaz mengunakan teknologi yang dikenali sebagai photopneumatic. Ia menggabungkan penggunaan vakum yang boleh menyedut kekotoran dari dalam pori-pori dengan mengecutkan liang sebum dan menanggalkan noda-noda hitam. Sedutannya mampu mengeluarkan semua nanah dan sebum yang menyumbat liang roma dengan sempurna. Sifat vakumnya yang handal dan unik, tidak menjejaskan sel kulit dan kulit juga tidak rosak tetapi kembali pulih dengan cepat. Cahaya broadband yang dipancarkan oleh laser Isolaz juga membunuh kuman. Apabila cahaya dari laser dipancarkan ia akan membuatkan kuman mati dan dinding bakteria juga mula pecah akibat daripada cahaya laser. Jerawat aktif apabila sebum di dalam kulit tersumbat dan menjadi pusat pembiakan kuman. Penggunaan krim muka yang berminyak dan kosmetik juga boleh menghasilkan jerawat kerana ia masuk ke dalam pori-pori dan menyebabkannya tersumbat. Ini menyebabkan bakteria pencetus jerawat menjadi aktif dan mudah membiak. Oleh itu aspek pembersihan muka juga perlulah dititikberatkan bagi mengelakkan jerawat.
Cara Penjagaan Muka Berjerawat
Individu yang mengalami masalah jerawat seharusnya mengamalkan pola hidup yang sihat. Antaranya ialah:
· Minum air secukupnya
· Elakkan stress dan sentiasa rileks
· Perbanyakkan makan sayuran dan buah-buahan
· Sentiasa mencuci muka dgn air yang bersih
· Elakkan memicit jerawat untuk mengelakkan keadaan semakin teruk
· Lakukan facial wajah secara rutin untuk mempercepat penyembuhan jerawat.
Rawatan Laser Isolaz
Laser Isolaz adalah gabungan antara vakum dan laser tetapi tidak menyakitkan. Ia untuk membersihkan liang tersumbat, jerawat dan bintik-bintik hitam. Jerawat adalah salah satu masalah kulit yang paling biasa yang memberi kesan kepada semua peringkat umur. Ia bukanlah sesuatu yang luar biasa. Isolaz berfungsi untuk mematikan jerawat yang terdapat di muka,atau badan sehingga ke akarnya. Laser Isolaz akan menyedut jerawat tersebut melalui vakumnya, dan pancaran laser yang keluar akan mematikan jerawat tersebut sehingga ke akarnya.
Melalui inovasi teknologi, terapi Isolaz berkesan boleh merawat jerawat tanpa perubahan gaya hidup, preskripsi lisan atau regimen produk penjagaan kulit. Rawatan berlaku di pejabat doktor dan selesa serta boleh dipercayai, memberi anda kelegaan jerawat cepat dan tahan lama.
Terbukti secara klinikal
· Kajian klinikal oleh dermatologi terkemuka telah membuktikan keberkesanan Isolaz untuk merawat jerawat.
· Keputusan segera dalam masa 24-48 jam, radang dan kemerahan juga berkurangan
· Pengurangan ketara luka jerawat (bintik, jerawat, pustules) dan juga muka menjadi kurang berminyak serta licin dan cerah
Berkesan Merawat Jerawat
Sasaran rawatan Isolaz jauh ke dalam liang roma dan FDA dibersihkan untuk digunakan pada semua jenis kulit (cerah atau gelap). Ianya selamat, boleh dipercayai dan berkesan sebagai terapi jerawat dan juga sebagai rawatan pelengkap kepada rejimen jerawat lain.
Rawatan cepat
Rawatan Isolaz sering mengambil hanya mengambil masa 30-45 minit sahaja, dan anda boleh melakukan aktiviti harian anda seperti biasa.
APA KATA MEREKA DAH CUBA
‘’ Alhamdulillah lepas buat rawatan isolaz ni jerawat saya semakin kurang. Terima kasih Marissa Aesthetics.’’ - Cik Diyana, 25 tahun
‘’ dulu saya tak percaya dengan rawatan kecantikan ni sehinggalah saya berjumpa dengan rawatan dari Marissa Aesthetics.’’ - Cik Fatzana, 22 tahun
‘’ saya rasa happy sangat sebab parut parut jerawat kat muka saya ni makin hilang. Thanks dr.’’ - Puan Ayu, 30 tahun.
BERITA BAIK!! MARISSA AESTHETICS MENGADAKAN PROMOSI YEAR END SALES (YES ).UNTUK SEBARANG PERTANYAAN SILA TEKAN LINK DIBAWAH.
No comments:
Post a Comment