Malaysia's Premier Aesthetic & Wellness Centre

Post Page Advertisement [Top]

LEBIH DARI 240 ORANG TELAH BERJAYA MENGHAPUSKAN LEMAK BERLEBIHAN DARI BADAN MEREKA DENGAN BANTUAN PAKAR DI MARISSA AESTHETICS.


‘’BADAN MENGELEBEH BUAT SAYA HILANG KEYAKINAN DIRI ‘’




 





Hi,Assalamualaikum. Saya Puan Nita, berumur 30 tahun. Saya seorang suri rumah sepenuh masa dan mempunyai 3 orang anak. Semasa melahirkan anak pertama berat badan saya maintain,tetapi selepas melahirkan anak yang ketiga berat badan saya naik secara mendadak. Semasa keluar dengan family, saya rasa sangat malu untuk berhadapan dengan orang ramai kerana masalah berat badan saya. Apabila kami sekeluarga balik kampung, ramai orang kampung yang cakap badan saya semakin naik. Saya rasa sangat down masa tu.

Saya bercerita tentang masalah ini kepada suami saya. Dia turut bersimpati kepada saya. Dia menasihati supaya lebih bersabar dengan kata kata orang sekeliling . Saya sangat tertekan dan stress memikirkan masalah ni


 Bermacam macam cara saya dah cuba. Minum teh kurus,makan pil kurus dan pelbagai cara lagi lah. Saya sangat malu untuk keluar berhadapan dengan orang ramai. Jiran sebelah rumah pun saya tak pernah tegur. Satu hari, suami saya mencadangkan saya agar mencuba rawatan di Marissa Aesthetics. Tetapi saya sedikit risau kerana semua cara yang saya guna untuk turunkan berat badan saya tidak berjaya. Suami saya terus memujuk saya supaya cuba membuat rawatan di Marissa Aesthetics. Saya bertemu dengan konsultan dari Marissa Aesthetics dan membuat rawatan dengan pakar pakar. Alhamdulillah berat badan saya semakin turun. Saya sangat mengesyorkan rawatan ni kepada kawan kawan saya.

 


APA ITU LEMAK?
Fungsi sel lemak untuk menyimpan bahan kimia yang dinamakan lipid yang menyediakan tenaga untuk tubuh. Tenaga ini berasal dari makanan yang anda makan. Tenaga ini disimpan sebagai lemak. Sebenarnya lemak secara terus menerus dimasukkan ke dalam dan dibawa keluar dari setiap sel lemak. Kegemukkan juga boleh terjadi apabila proses mengeluarkan lemak dari sel lemak terganggu seperti ketidak seimbang hormon dalam badan anda.
Kulit bukan saja menjadi penutup untuk badan kita , tetapi ia adalah organ terbesar pada tubuh badan. Fungsi kulit adalah banyak, antaranya menghalang kita menjadi dehidrasi, menghalang organisma memasuki badan kita dan pelindung kepada cahaya ultraviolet matahari.
Hypodermis ialah di mana 50% dari Jumlah kesemua lemak badan tersimpan. Fungsi lemak di hypodermis adalah sebagai penebat, insulasi dan penyimpan tenaga. Secara dasarnya, lemak di simpan di tubuh dalam 2 bentuk yang utama. Pertama adalah bentuk GYNOID. Ia Merujuk kepada pengumpulan lemak di Bahagian bawah badan, pinggul, peha dan punggung dan memberi bentuk “PIR”. Bentuk kedua adalah “android” dimana lemak lebih tertumpu berkumpul di Bahagian atas badan dan memberi bentuk “apple.
Peratusan lemak didalam tubuh berubah ubah dan dipengaruhi oleh hormon seperti insulin, estrogen dan testosterone.  Apa yang anda perlu tahu, apabila anda mencapai akil baligh, Jumlah sel lemak dalam badan akan tetap dan tidak bertambah KECUALI  jika anda menjadi tersangat gemuk.  Selepas akil baligh, sel lemak hanya akan bertambah jika berat badan anda menjadi 200% daripada berat badan ideal anda.
Namun begitu, jika anda menjaga pemakanan dengan sihat dan betul, ia memperbetulkan hormon dan telah bersenam tetapi masih juga terdapat lapisan lemak di Bahagian perut , “saddleback , dada, lengan atau peha. Liposuction boleh membantu.
Kini terdapat pelbagai kaedah liposuction yang selamat, seperti laser liposuction, Power assisted liposuction, Vaser liposuction, Body jet liposuction dan sebagainya. Setiap satu procedure mempunyai kelebihan masing-masing.  Namun begitu, yang paling penting adalah kemahiran dan pengalaman doktor yang melakukannya.

SEBAB BERLAKUNYA MASALAH INI :
1) Tenaga yang tidak seimbang di dalam badan.

2) Gaya Hidup yang kurang aktif.

3) Genetik dan faktor keluarga.

4) Ubat-ubatan.

5) Merokok.

6) Faktor kesihatan.

MEMPERKENALKAN RAWATAN LASER LIPOLISIS
Laser lipolisis adalah sejenis pembedahan kosmetik. Ia menggunakan tenaga laser untuk mengubah bentuk dan rupa badan anda. Terdapat jenis lipolisis lain yang melibatkan suntikan atau rawatan gelombang radio, tetapi lipolisis laser adalah teknik yang paling biasa.
Lipolisis menyasarkan deposit lemak yang lebih kecil pada bahagian-bahagian tertentu badan. Anda mungkin calon yang baik jika anda mempunyai tisu berlemak pada perut, pinggul, paha, atau punggung yang anda ingin sembuh. Prosedur ini biasanya tidak disyorkan untuk orang yang gemuk.
Lipolisis menggunakan laser untuk memecahkan sel-sel lemak, mengurangkan jumlah tisu lemak. Proses ini juga dikatakan untuk mengencangkan kulit di kawasan di mana rawatan itu digunakan. Anda mungkin mendapati kulit anda lebih licin dan lebih ketat berbanding sebelum ini.
Secara keseluruhan, lipolisis menawarkan manfaat yang sama kepada prosedur penyingkiran lemak lain. Laser yang digunakan dalam prosedur ini adalah selamat untuk kegunaan klinikal dan tidak menimbulkan risiko besar membakar kulit anda. Terdapat sedikit risiko jangkitan ke kawasan yang dirawat, dan parut adalah minimum.
Tetapi ia mempunyai beberapa kelebihan terhadap pembedahan kosmetik seperti liposuction. Lipolisis boleh dilakukan di pejabat doktor anda. Terdapat juga tempoh pemulihan yang lebih pendek. Anda biasanya boleh meneruskan aktiviti normal anda dalam masa beberapa hari. Sebagai perbandingan, liposuction biasanya datang dengan tempoh pemulihan beberapa minggu.


KAWASAN YANG BOLEH DIRAWAT MENGGUNAKAN KAWASAN LASER LIPOLISIS
1) Wajah

2) Lengan

3) Perut

4) Kaki

5) Paha

6) Leher


BAGAIMANA RAWATAN LASER LIPOLISIS BERTINDAK?
Laser merupakan satu jalur cahaya dengan jarak gelombang yang tertentu. Jarak gelombang ini membolehkan pancaran laser menembusi sel-sel lemak dan menukarkannya menjadi cair. Tenaga laser yang kuat bertindak dengan sangat selektif. Ia hanya memecah lemak tanpa mengganggu sel-sel lain dan selamat digunakan.
Justeru ia selamat digunakan. Selain memecah lemak, kaedah ini kan menyebabkan pengecutan dalam jalinan kolagen. Ini menjadikan kulit ketat dan tegang semula. Penggunaan laser seperti ini adalah selamat, cepat dan hasilnya dapat dilihat dalam jangkamasa yang singkat. Perubahan pada wajah menjadi lebih ketara selepas seminggu. Selepas sebulan wajah menunjukkan perubahan yang menakjubkan.
Dalam tempoh tiga hingga lima bulan pula seseorang kelihatan lebih muda dan berseri-seri. Proses tiga hingga lima bulan ini dinamakan remodeling. Melalui kaedah ini sistem kulit secara semula jadi akan beransur-ansur menjadi lebih muda. Kandungan kolagen semula jadi akan bertambah kerana stimulasi laser ini.

KELEBIHAN RAWATAN LASER LIPOLISIS
*Tidak menyakitkan
* Tidak perlu masuk ke hospital untuk menjalani rawatan
* Hasil yang baik
* Tiada parut yang merosakkan kulit.
* Boleh pergi bekerja seperti biasa sejurus menjalani rawatan
* Satu rawatan sahaja sudah berkesan tidak perlu berkali-kali melakukannya.
* Selepas rawatan tiada kesan bengkak yang ketara.


APA KATA MEREKA YANG TELAH MENCUBA

'' Dulu badan saya sangat berisi sampai ada yang mengejek keadaan fizikal saya tapi selepas buat rawatan di marissa aesthetics ,berat badan saya semakin turun''- Puan Julia, 35 tahun

'' kesihatan saya sangat buruk kerana berat badan saya terlalu tinggi,macam macam cara saya cuba untuk turunkan berat badan saya .tetapi selepas saya berjumpa pakar dari marissa aesthetics, berat badan saya semakin kurang dan kesihatan saya semakin membaik'' - Encik Aziz, 50 tahun

''saya sangat malu untuk bertemu dengan orang ramai kerana hilang keyakinan diri,selepas saya membuat rawatan di marissa aesthetics,saya semakin yakin dengan diri saya''- Puan Kina, 30 tahun


                                        Hasil carian imej untuk berat badan sebelum selepas





KAMI MENAWARKAN HARGA PROMOSI UNTUK 100 ORANG YANG TERAWAL. PROMOSI ADALAH TERHAD, SILA KLIK LINK DIBAWAH UNTUK BOOKING SLOT ANDA. JANGAN LEPASKAN PELUANG INI.

KLIK SINI

No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]

| Web by PakarCMS