RAWATAN SERDEV TERBUKA UNTUK GURU
Benang khas digunakan semasa rawatan berjalan untuk memberikan wajah yang seakan akan baru. Doktor akan menyusun susunan kulit dan tisu muka di tempat yang betul dengan cermat supaya tiada kesan tertinggal. Dalam rawatan Serdev benang kolagen, benang yang jelas akan digunakan untuk mengurangkan lagi kesan selepas pembedahan.
Dan manakala rawatan ini secara amnya memberi hasil yang ketara hampir serta-merta serta dengan kurang risiko dan kesulitan daripada prosedur-prosedur lain yang lebih intensif, kos bagi Serdev benang kolagen adalah agak berpatutan berbanding rawatan tradisional yang lain.
Ini juga soalan yang sering ditanya, berapa lama tempoh masa untuk pulih selepas mendapatkan rawatan Benang Kolagen ni?
Anda boleh bekerja seperti biasa selepas membuat rawatan ini. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang kerja keras atau latihan berat selama dua hingga tiga minggu berikut untuk membolehkan pemulihan sepenuhnya.
Soalan yang kedua pula, berapa lama tempoh ketahanan Serdev Benang Kolagen?
Beberapa bulan benang akan serap ke dalam muka kerana berlakunya proses fibrosis pada bahagian muka yang diangkat. Fibrosis adalah proses semula jadi, iaitu bahagian muka yang diangkat melekat pada tempat yang betul dengan kekal. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi ketahanan Serdev Benang Kolagen iaitu usia, genetik, kesihatan dan kulit anda. Tempoh ketahanan Serdev Benang Kolagen adalah antara enam bulan sehingga dua tahun.
Apa manfaatnya jika dapatkan rawatan benang kolagen ini?
Ada beberapa manfaat rawatan benang kolagen ini iaitu:
- Hasil yang baik.
- Selepas rawatan tiada kesan bengkak yang ketara.
- Membentuk penampilan dan imej badan seseorang, meningkatkan keyakinan diri.
- Satu rawatan sahaja sudah berkesan, tidak perlu berkali-kali melakukannya.
- Disebabkan genetik
- Gaya hidup yang kurang sihat
- Akibat menggunakan alat kosmetik yang tidak sesuai dengan wajah
- Diet berlebihan
- Selalu terdedah dengan cahaya matahari
"Kerjaya sebagai seorang guru selama lebih 30 tahun sememangnya bukanlah sesuatu yang mudah. Tetapi saya berpuas hati dengan jasa yang dapat saya curahkan pada pelajar saya. Namun, saya tak nafikan, tugas dan jawatan yang saya pegang menyebabkan saya tidak sempat untuk betul-betul fokus dengan kecantikan saya. Setelah bersara, akhirnya saya mempunyai masa untuk menilik wajah di cermin dan mengamati perubahan pada wajah saya. Saya tahu, apabila usia sudah menjelang 50-an begini, memang kedutan wajah dan kulit yang kendur itu tidak dapat dielakkan. Memandangkan kini saya mempunyai masa untuk diri saya, saya merisik khabar sahabat-sahabat saya melalui Facebook. Apabila ada antara mereka yang sebaya dengan saya tetapi nampak kulit muka macam orang muda, takkanlah saya tidak sedikitpun teringin nak tahu.
Ada yang kata makan suplemen, ada yang bersenam dengan lebih kerap, ada yang buat rawatan di pusat estetik dan ada yang kerap ke spa. Akhirnya, saya mula untuk bersenam. Untuk rawatan, saya cuba-cuba saja call konsultan Marissa yang juga saya jumpa di Facebook. Dan saya ke sana, bertemu dengan konsultan dan memilih untuk melakukan rawatan benang kolagen supaya lebih tahan lama. Mudah, cepat dan efektif. Memang saya suka. Bertemu dengan konsultan yang peramah, memang menyenangkan. Terima kasih Marissa. Sebulan saya pergi juga ke spa dua tiga kali sebulan. Memang rasa rehat sangat sekarang. Suami dan anak-anak pun cakap selepas bersara ni, saya nampak lebih berseri dan sihat. Nampak seperti “well-rested” kata mereka. Kalau pergi melancong ke mana-mana sekarang, saya tak lagi menolak untuk selfie dengan anak-anak saya. Dulu saya selalu tolak, saya cakap “Mummy awak ni dah tua. Malulah kawan-kawan awak tengok”. Sekarang, memang saya dapat rasakan keyakinan dan rasa excited tu setiap hari. Terima kasih buat keluarga yang sentiasa menyokong diri ini untuk menjadi lebih baik pada usia ini."
Puan Nor, 39 tahun
No comments:
Post a Comment