PULIHKAN MATA DENGAN SEGERA SUPAYA KELIHATAN CANTIK DAN REMAJA
LEBIH YAKIN DI HADAPAN KUSTOMER TANPA EYEBAG!
Rawatan Kelopak Mata / Eyelid
Apabila usia meningkat mata juga menjadi kecil dan mudah mendapat lemak pada kawasan kelopak mata. Pandangan dan penglihatan juga menjadi kurang jelas ini akibat kumpulan lemak menganggu kawasan mata dan lapisan kendur yang berlaku disebabkan penuaan. Untuk pesakit muda, lipatan bahagian atas kelopak mata boleh diwujudkan atau dipertingkatkan, dan lebihan minyak yang boleh membawa kepada penampilan kelopak mata kelihatan seperti jatuh.
Rawatan Kantung Mata / Eyebag
‘Eye bag’, atau turut dikenali sebagai kantung mata, merupakan masalah mata mengalami sembap, bengkak ringan atau bengkak pada bahagian bawah mata dan perkara ini adalah satu isu biasa apabila anda semakin meningkat usia. Ia terjadi apabila usia anda semakin meningkat, struktur tisu dan otot yang menyokong kelopak mata akan menjadi lemah. Kulit cenderung untuk menjadi kendur dan lemak di sekitar mata akan bergerak ke bahagian bawah mata. Selain itu, ruang bawah mata juga boleh mengumpulkan cecair, menjadikan ia tampak bengkak.
APA KATA MEREKA?
"Saya Nurainis, seorang peniaga yang memiliki tiga buah cawangan restoran. Sebagai pemilik restoran, memang tugas harian saya berat. Bersengkang mata jangan cakaplah. Lewat malam baru tutup perniagaan, awal pagi buka lagi. Saya uruskan restoran utama saya di Selangor dan kerap juga berada di dua lagi restoran lain untuk saya buat pantauan. Kurangnya rehat menyebabkan mata saya bagaikan “mata panda” akibat adanya “dark circle” dan eyebag yang tidak surut-surut menyebabkan penampilan saya terjejas.
Saya ni pemilik restoran, mestilah akan berhadapan dengan orang ramai pada setiap hari. Akibat semakin hilang keyakinan, saya cuba menghubungi nombor Marissa yang saya dapati daripada rakan saya yang juga seorang peniaga yang sentiasa sibuk siang malam. Alhamdulillah, setelah bercakap dan bertemu dengan konsultan, saya memahami apa masalah wajah saya dan apa rawatan yang sesuai untuk saya. Oleh itu, saya mendapatkan rawatan eyebag di Marissa dan selepas daripada itu, mata saya tidak lagi nampak sembab dan bengkak terutama di kawasan bawahnya. Saya rasa amat berpuas hati apabila pelanggan tetap saya menyedari perubahan ini. Terima kasih Marissa!"
No comments:
Post a Comment