KULIT MENJADI CERAH SEPERTI YANG DI INGINKAN SELEPAS 1 KALI RAWATAN SAHAJA
MICRODERMABRASION (DIAMOND PEELING)
Apa tu Microdermabrasion? Diomand Peeling? Apa tu?
Microdermabrasion itu adalah teknik terkini dengan memberikan hasil yang sangat memuaskan. Microdermabrasion ini juga adalah salah satu kaedah bebas kimia dan bebas invasi yang dilakukan menggunakan microcrystals yang di sapu lembut di atas permukaan kulit dan memperbaiki dan memperbaharui lapisan atas epidermis dengan cara menghasilkan kulit yang baru yang lebih muda, berseri-seri, licin dan sihat. Prosedurnya pula akan melalui proses lelasan/sedutan bahagian kulit paling luar untuk membuang sel-sel kulit mati, white head, black head, jerawat sekaligus menjadikan kulit bersih licin, serta cerah berseri. Microdermabrasion juga merupakan salah satu rawatan untuk skin rejuvenation yang bermaksud proses peremajaan kulit. Ia bertujuan untuk mendapatkan kulit sihat, segar dan nampak cantik. Sistem rawatan yang menggunakan sistem microdermabrasion ini mampu menanggalkan segala sel-sel mati dan membaikpulih struktur liang roma agar wajah anda nampak lebih berseri-seri di hari-hari biasa.
Berapa tempoh masa untuk rawatan Microdermabrasion ni?
Tempohnya sekejap sahaja dalam masa 20 minit sahaja. Dalam tempoh 20 minit tu anda akan lihat rawatan kesan yang menonjol. Wajah anada akan Nampak lebih cantik dan berseri-seri.
Apa kelebihan rawatan Microdermabrasion ni?
- Ia mampu mengecilkan pori-pori yang membesar sehingga kulit akan menjadi lebih halus
- Boleh mengurangi kadar minyak pada kulit yang berlebihan
- Mampu menghilangkan luka bekas jerawat, mencegah pembentukan jerawatan kembali.
- Menghilangkan selulit.
- Mengurangi atau bahkan menghilangkan keriput, kerutan kulit halus, flek coklat, belang keputihan pada kulit, mencegah penuaan dini dengan merangsang
- Regenerasi jaringan kolagen.
- Mengangkat sel kulit mati, membersihkan dan memperhalus tekstur kulit.
Bagaimana Microdermabrasion ni mampu bertindas selepas rawatan?
- Lapisan kulit epidermis (lapisan kulit paling luar) dan dermis menjadi lebih tebal.
- Proses pengelupasan kulit epidermis pada akhirnya akan mencetus pertumbuhan kulit baru lebih optimum sehingga menjadi lebih tebal secara keseluruhan.
- Kulit akan menjadi lebih cerah oleh sebab pembentukkan baru kolagen dan elastin.
- Rawatan rutin dapat memperbaiki tekstur kerut halus, melicinkan dan mengecilkan liang roma.
- Kulit akan menjadi lebih cerah oleh kerana kemerosotan zat melanin (pigmen) pada lapisan kulit.
- Peningkatan kadar ceramid (moisturizer alami kulit) walaupun pada 1-2 hari pertama kulit terasa kering, tapi hasil akhir yang diperolehi adalah kulit yang lebih lembap.
Ini adalah yang paling penting, siapakah yang sesuai untuk dapatkan rawatan ni?
- Rawatan ini sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah garis atau kedut muka yang halus.
- Mengalami masalah bintik-bintik penuaan, masalah sunburn, pigmentasi dan tona tidak sekata.
- Mengalami masalah kulit kusam.
- Mempunyai masalah pori-pori terbuka, pori tersumbat.
- Mempunyai jerawat , white head dan black head.
No comments:
Post a Comment