RAWATAN LASER RF (RADIO FREQUENCY)
Apa itu rawatan Laser RF? ok disini saya akan ceritakan.
RF ini adalah teknologi yang bersifat pro perubatan dan ia tidak bersifat intrusif. Rawatan ini tidak membakar kulit seperti sinaran laser, RF ini akan mengeluarkan haba yang tidak terlalu panas untuk mensimulasikan lapisan kulit dermal. Aktiviti simulasi ini akan dilakukan ke atas kolagen semula jadi yang terkandung dalam kulit bagi mengetatkan lagi permukaan kulit yang kendur.
Untuk pengetahuan anda, RF ini bukan sahaja boleh merawat bahagian muka tau rawatan ini juga boleh mengurangkan lemak yang berlebihan serta merawat bahagian badan juga seperti pinggang, paha, perut, dan mengurangkan rasa kesakitan di belakang badan. RF ini adalah sistem yang boleh merawat kawasan tubuh badan anda juga. Rawatan yang lengkap seperti di muka, paha, dan belakang badan ni sebenarnya mengambil masa anggaran 30 minit je. Rawatan ini tidak mengambil masa yang lama pun sebenarnya tetapi kalau bahagian perut mungkin akan mengambil masa yang lama iaitu hampir sejam juga lah.
Pada masa yang sama, rawatan RF ni bantu untuk meningkatkan dan menghilangkan kesan calar, parut lama dan sebarang cacat-cela pada permukaan kulit termasuk sekali kedutan, mata bengkak atau eye bag dan kulit yang kendur. Untuk rawatan pertama anda akan dapat melihat perubahan yang ketara dari segi kulit yang tegang dan lembut, jika anda menambahkan lagi rawatan susulan sebanyak lima atau enam kali ia akan memberikan hasil yang lebih menonjol lagi. Untuk rawatan RF ini, Rawatan ini sering dilakukan kepada wanita yang bekerja, isteri dan wanita berusia. Rawatan ini tidak menetapkan had usia pun tetapi disarankan mereka yang berusia 25 tahun keatas boleh mencuba dan bergantung pada masalah yang dihadapinya.
Bagi siapa yang mahu melangsingkan badan, RF ini boleh memecahkan lemak degil dan mensimulasikan bahagian badan yang bermasalah selulit menerusi sistem limfa.
RF ini bekerja dengan mengeluarkan sejumlah Radio Frequency (RF) gelombang ke lapisan dermis kulit. Rawatan ini akan bekerja dengan cara memanaskan tisu secara mendalam.
Jika anda pernah cuba untuk diet atau senaman untuk kurangkan kawasan lemak yang tidak diingini, rawatan RF ini boleh menolong anda dan membantu anda. Program rawatan direka khas untuk orang yang ingin memperbaiki bentuk badan dan mengurangkan lemak dari kawasan muka, leher, lengan, perut, peha, punggung, pinggul, lutut, betis, pergelangan kaki dan dada bagi lelaki.
Ada juga manfaat utama bagi rawatan ini, salah satunya ialah menghasilkan kolagen sendiri, semasa dan selepas rawatan.
Collagenesis ini mampu menegangkan kulit dan tisu penghubung. Di samping meningkatkan peredaran mikro dan membantu dengan saliran limfa anda.
Apa faedah menggunakan laser RF ni? Ini adalah faedahnya.
- Yang pertama adalah lapisan lemak di bawah kulit terkawal.
- Mengetatkan tisu dan meningkatkan peredaran darah,
- Menyebabkan lemak pecah seperti yang saya katakan.
- Laser RF ini mampu memecahkan lemak yang berlebihan di bahagaian paha, lengan, muka dan sebagainya.
- Ia juga mengalir melalui sistem limfa dan mengurangkan selulit.


No comments:
Post a Comment